- Back to Home »
- Panduan Buat Cupcake »
- Panduan Buat Cupcake
"Ketahui Bagaimana Seorang Surirumah Memulakan Perniagaan Cupcake Dan Memperoleh Jualan Sehingga 3-4 Angka Sebulan Secara Part Time!"
Tip PERCUMA
Memperkenalkan
CD Panduan Bisnes Cupcake Dari Rumah
Di dalam CD ini, anda akan ditunjukkan bagaimanakah untuk anda memulakan perniagaan cupcake atau kek cawan dari rumah. Malah anda juga akan ditunjukkan bagaimanakah pembuatan cupcake dilakukan menerusi video langkah demi langkah.
Anda boleh buat cupcake walaupun tidak menghadiri sebarang kursus atau latihan. Dengan produk kami anda hanya perlu menontonnya dan membuat cupcake anda. Kini tiada alasan untuk anda tidak membuat kek cawan anda sendiri samada untuk perkahwinan anda ataupun untuk perniagaaan. Buat cupcake tidaklah sesukar mana.
Lihat apa yang tawarkan dalam CD Buat Cupcake ini. Ia adalah pelaburan sekali untuk ilmu yang kekal selama lamanya.
Video #1 Membuat Cupcake
Dalam video ini anda akan ditunjukkan bagaimanakah untuk membuat dan membakar cup cake.
- Anda akan ditunjukkan apakah resepi yang digunakan untuk membuat cupcake.
- Tips untuk membuat cupcake.
- Apa yang perlu anda sebelum membuat sebarang dekorasi.
Video #2 Membuat Krim Icing
Dalam video ini anda akan ditunjukkan bagaimanakah untuk membuat krim icing untuk dekorasi kek dan juga cupcake.
- Anda akan ditunjukkan apakah resepi yang digunakan untuk membuat krim icing.
- Tips untuk membuat krim icing.
Krim adalah antara bahan penting dalam dekorasi cupcake atau kek. Jika anda tersilap, krim yang anda buat mungkin tidak tahan lama dan mudah cair.
Video #3 Mewarnakan Krim Icing
Dalam video ini anda akan ditunjukkan bagaimanakah untuk mewarnakan krim atau icing untuk dekorasi kek dan juga cupcake.
- Anda akan ditunjukkan bagaimana untuk mewarnakan icing.
- Anda juga boleh membuat pelbagai kombinasi warna menerusi panduan yang dihasilkan.
Dengan krim yang pelbagai warna, ia akan membuatkan cupcake yang anda hasilkan lebih cantik dan menarik. Inilah yang menjadi faktor penarik.
Video #4 Membuat Bunga Daripada Krim Icing
Dalam video ini anda akan ditunjukkan bagaimanakah untuk membuat bunga daripada krim icing untuk dekorasi kek dan juga cupcake.
- Anda akan ditunjukkan bagaimana untuk menghasilkan bunga daripada krim icing.
- Anda akan ditunjukkan apakah peralatan dan nozzle yang akan anda gunakan untuk membuat bunga cupcake.
- Tips untuk membuat krim icing.
Dengan adanya bunga krim, anda tidak perlu berbelanja besar untuk membeli bunga untuk dijadikan hiasan pada kek dan juga cupcake.
Dengannya anda boleh menghasilkan bunga krim dengan pelbagai warna.
Video #5 Membuat Fondant Huruf
Dalam video ini anda akan ditunjukkan bagaimanakah untuk membuat fondant berbentuk huruf untuk dekorasi kek dan juga cupcake. Ia digunakan untuk ucapan pada kek dan juga cupcake.
- Anda akan ditunjukkan apakah resepi yang digunakan untuk membuat fondant.
- Tips dan panduan untuk membuat fondant.
Anda tidak perlu membeli ready made fondant untuk membuat huruf. Ianya mahal dan pasti akan meningkatkan kos anda untuk membuat cupcake atau kek.
Sesetengah ready made fondant sangat lembik dan sukar untuk dikendalikan. Malah ada diantaranya sukar untuk dibentukkkan.
4 Video Membuat Dekorasi Cupcake
Dalam video ini anda akan ditunjukkan bagaimanakah untuk membuat dekorasi krim icing untuk cupcake anda dengan mengunakan pelbagai jenis nozzle. Video ini dipecahkan kepada 4 agar memudahkan anda menontonnya dengan lebih relax.
- Anda akan ditunjukkan bagaimana mengunakan pelbagai nozzle.
- Tips untuk membuat dekorasi cupcake.
Dekorasi adalah faktor penting untuk menjadikan cupcake yang dihasilkan oleh anda menarik dan cantik. Tanpa dekorasi, cupcake tidak berseri dan mungkin tidak menarik minat orang untuk menempah daripada anda.
Ia adalah asas dalam penggunaan nozzle. Anda masih perlu banyak berlatih dalam mengunakan nozzle untuk menghasilkan dekorasi yang menarik dan cantik.
Resepi Cupcake dan Krim Icing
Dalam ebook ini anda akan dikongsikan resepi cupcake dan juga krim icing yang boleh anda gunakan untuk bisnes anda kelak. Terdapat beberapa resepi diberikan dan mempunyai fungsi yang tersendiri.
- Anda anda boleh gunakan resepi-resepi ini selain yang ditunjukkan di dalam video.
- Setiap satu resepi berkenaan mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Anda boleh mencuba pelbagai resepi cupcake atau kek cawan dan krim icing untuk perniagaan anda. Pilih yang terbaik dan yang paling disukai oleh pelanggan anda.
Anda juga boleh mempelbagaikan kek cawan anda mengunakan resepi resepi cupcake dan krim ini.
p/s: Ia adalah ebook, bukan buku bercetak.
Panduan Pemasaran Cupcake Online
Dalam ebook ini anda akan ditunjukkan bagaimanakah untuk melakukan pemasaran di internet. Kaedah yang yang ditunjukkan adalah mudah untuk anda ikuti.
- Anda boleh membuat promosi percuma menerusi Facebook wall, fanpage dan blog anda.
- Terdapat tips penting untuk anda mempromosikan di sekitar anda.
Promosi yang dilakukan fokus kepada pelanggan disekitar anda sahaja. Cupcake tidak boleh dipos kerana krimnya akan cair pada suhu tinggi. Malah ia tidak boleh diterbalikkan.
Dengan mengunakan internet, anda boleh memperkenalkan perniagaan anda di internet seperti menerusi Facebook, blog dan media sosial yang lain.
p/s: Ia juga adalah ebook, bukan buku bercetak.
Soal Jawab Perniagaan Cupcake
Dalam ebook ini anda akan menjawab semua persoalan yang diajukan oleh pelanggan sebelum ini. Ia adalah kompilasi soalan dan jawapan berkenaan perkara teknikal Buatcupcake.com, pembuatan cup cake dan juga pemasaran cupcake.
- Ia akan dikemaskini dari masa ke semasa. Anda akan dimaklumkan jika ada kemaskini baru dimasukkan.
- Terdapat soalan dan jawapan penting yang perlu anda tahu di dalamnya.
p/s: Ia juga adalah ebook, bukan buku bercetak.
Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Panduan Ini?
- Anda tidak perlu untuk ke kelas untuk belajar membuat cupcake. Ia menjimat kos anda!
- Ia ditunjukkan dalam bentuk video. Anda boleh memasangnya di komputer dan menontonnya berulang kali jika anda mahu.
- Anda boleh memulakan perniagaan cupcake anda dengan segera.
- Anda boleh bertanya jika berlaku sebarang masalah. Ini tidak akan diperolehi jika anda menyertai kursus.
Bayangkan anda sudah memulakan perniagaan ini dan mula menerima tempahan. Ia pasti akan membantu keluarga anda dengan tambahan pendapatan hasil daripada bisnes anda dari rumah ini. Jika anda sudah mempunyai perniagaan, anda boleh mempelbagikannya dengan resepi perniagaan kami ini.
Anda tidak perlu berhenti kerja untuk memulakannya, anda boleh melakukan perniagaan ini pada malam hari secara separuh masa. Cupcake yang telah siap didekorasi boleh disimpan di dalam peti sejuk sebelum diserahkan kepada pelanggan anda.
Anda boleh membuat beberapa hari sebelum tempahan berkenaan diambil. Atau anda boleh menyediakan perkhidmatan delivery terus ke alamat pelanggan anda.
Ini akan menjadi satu nilai tambah kepada pelanggan anda. Saya pasti mereka pasti akan menyukainya.
Siapa yang perlu mendapatkannya?
- Surirumah
- Mereka yang berkerja yang ingin menambah pendapatan
- Mereka yang meminati bidang bakeri.
- Graduan menganggur yang masih mencari pekerjaan.
- Mereka yang bakal berkahwin. (Buat sendiri hantaran)
- Sesiapa yang berminat...
Dengan CD ini, anda akan didedahkan dengan dunia pembuatan kek dan cupcake yang lumayan.